ciri ciri mahasiswa bermoral

Standar

CIRI-CIRI MAHASISWA YANG BERMORAL


 Moral adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia yang selalu di perkatakan orang tetapi tidak ramai yang bersedia mempraktikkannya secara konsisten. Ini ialah kerana perlaksanannya memerlukan satu bentuk hubungan diantara insan dan Penciptanya iaitu Allah SWT sehingga dia merasakan kehadiranNya setiap masa dan keyakinan kepada hari Akhirat(the day of Judgment). Moral atau akhlak dalam peribadi kita lebih penting daripada reputasi kita. Reputasi adalah pendapat orang lain terhadap kita tetapi peribadi kita adalah siapa kita yang sebenarnya. Bertol menyebut `Character is a diamond that scratches every other stone’

Moral boleh di takrfikan sebagai sikap, perbuatan dan percakapan baik yang merupakan terjemahan daripada pandangan dan keyakinan sesuatu masyarakat atau individu mengenai perkara-perkara asas dalam kehidupan yang di perolehi samada daripada sumber keagamaan atau pengamatan atau pengalaman atau eksperimen.

Adakalanya sesuatu perbuatan itu di terima oleh masyarakat tetapi di tolek oleh agama. Umapamanya, Masyarakat barat boleh menerima kewujudan golongan gay dan homoseksual tetapi dalam agama Islam dan Kristian, perbuatan ini adalah di larang sebagaimana yang di paparkan dalam AL-Quran mengenai kaum Nabi Lut yang terlibat dalam hubungan sesama jenis dan akhirnya Allah SWT menurunkan azab kepada mereka. Begitu juga masyarakat barat boleh menerima perhubungan bebas di antara lelaki dan wanita tetapi agama melarangnya. Rasionanya amatlaj jelas sekiranya kita mengkaji dan menganalisa statistik terkini yang menunjukkan kes-kes AIDS, penceraian, kes penyakit kelamin yang lain, kes kelahiran anak luar nikah yang semakin meningkat dimana-mana negara atau masyarakat yang membenarkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas.

Untuk membentuk mahasiswa yang bermoral memerlukan tiga perkara utama iaitu pensyarah atau guru yang bermoral, program yang bersepadu serta suasana persekitaran yang kondusif untuk pembinaan mahasiswa yang bermoral. Penjelasan mengenai ketiga-tiga syarat utama ini akan dibuat dalam isu akan datang sekiranya ada kesempatan.

Ketika ini kita dapati para remaja dan belia termasuk mahasiswa/i di IPT tempatan khususnya semakin sedar akan pentingnya nilai-nilai moral dan akhlak dalam kehidupan mereka. Kita dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang bermoral ini lebih disiplin, bertanggungjawab, tidak membuang masa dengan percakapan dan perbuatan yang tidak berfaedah dan mempunyai sikap yang proaktif dalam pelajaran mereka kerana agama mereka mengajar mereka bahawa mencari ilmu pengetahuan, membaca dan mencapai kecemerlangan adalah satu kewajiapan yang tidak boleh di abaikan. Umpamanya dalam agama Islam, ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan perkataan `iqra’ atau bacalah. Ini menunjukkan betapa agama Islam memberi penilaian yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan pembacaan.

Sejarah Islam mempamirkan bagaimana bangsa Arab yang berpecah belah, jahil(ignorant) dan tidak bertamadun dan hampir hancur di abad ke 6, bangkit setelah menerima Islam dan berjaya menguasai kesemua bidang ilmu pengetahuan ketika bangsa Eropah tenggelam dalam kegelapan(the Dark Ages of Europe). Oleh kerana itu masyarakat barat mengambil inisiatif untuk menterjemahkan buku-buku tulisan sarjana-sarjana Islam tersebut untuk di manfaatkan oleh mereka sehingga mereka mampu bangkit semula daripada kemunduran merek sebagaimana yang kita ketahui lahirnya zaman Renaissance.

Apakah ciri-ciri mahasisa/I yang bermoral?

Pertama, mahasiswa/I yang bermoral harus berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT. Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama(religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya’, menfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di kehendaki oleh agama. Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu mahasiswa/I haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al0Quran dan Sunnah Nabi. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya.

Kedua ialah mentaati dan menghargai kedua ibubapa mereka. Mahasiswa/I yang bermoral tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Mahasiswa/i haruslah membuktikan kepada ibubapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang dalam pelajaran mereka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pengamatan saya menunjukkan begitu ramai pelajar-pelajar IPT luar dan dalam negeri yang terjerabak dalam perkara-perkara yang merosakkan dirinya, akhirnya mengalami kekecewaan dan gagal dalam pelajaran mereka. Ibubapa mereka juga kecewa dan malu kerana perbuatan anak-anak mereka itu.

Ketiga ialah mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan pensyarah kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al_Quran(bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. `Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka? Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

Keempat, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakan nya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran

`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi my aitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah(Surah Al-Ahzab, 21)

Kelima, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong semata-mata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama.

Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul yang di gariskan oleh pimpinannya.

Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan lama sekiranya kebiasaan yang buruk(bad habits) di amalkan oleh anggota-anggotanya dan tidak ada usaha untuk membasmikannya. Sebenarnya tidaklah rugi menjadi orang yang berprinsip. Selain daripada untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat, orang yang berprinsip ini biasanya di cari oleh organisasi yang agresif dalam mendapatkan keuntungan dan berorentasikan komersial. Statistik menunjukkan kerugian wang dan kos yang begitu tinggi yang terpaksa di tanggung oleh syarikat-syarikat di Malaysia kerana menghadapi masalah jenayah perdagangan dan pembaziran. Dahulunya, orang yang di tawarkan untuk bekerja dalam suatu organisasi adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-semata tetapi hari ini orang yang terbukti mempunyai rekod kerja yang mempamirkan sikap amanah, berprinsip dan mempunyai personaliti yang baik menjadi rebutan majikan-majikan.

Keenam, mahasiswa yang bermoral ialah mahasiswa/I yang tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam . Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk mahasiswa/ yang bermoral melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak bermoral sudah tentu mempengaruhi mahasiwa/I kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. Mahasiswa/I boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda mahasiswa/i. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.

Apa yang perlu bagi seseorang mahasiswa yang mahu menjadi mahasiswa yang bermoral dan berakhlak ialah dengan memulakan perubahan daripada dalam dirinya.

Walaubagaimanapun perlaksanan peraturan-peraturan universiti amatlah perlu untuk menghalang pengaruh yang tidak baik daripada berleluasa. Perlaksanaan peraturan-peraturan harus di sertai dengan kesedaran dari dalam diri setiap mahasiswa agar perubahan yang berterusan kepada kebaikan dan tidak hanya bersifat sementara dapat di lakukan.

 

Sebab itu pakar atau `guru’ pengurusan, Dr Stephen Covey menekankan pentingnya `the change must come from within’ dan pengurus serta pemimpin yang `principle-centred’.

Kita mahu mahasiswa yang memperolehi kecemerlangan akademik dan di waktu yang sama tegas dalam melaksanakan tuntutan dan kewajipan agamanya serta bermoral. Ini akan membentuk dalam dirinya personaliti yang baik, amanah dan seimbang untuk membantunya dalam kerjaya nya serta kebahagiaannya di hari akhirat kelak apabila dia bertemu dengan Maha Penciptanya iaitu Allah SWT. Oleh itu mahasiswa/I UNITAR harus memulakan perubahan daripada sekarang untuk menjadi mahasiswa yang bermoral agar mencapai kecemerlangan dalam ertikata yang sebenarnya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s